Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 30

(2)

Seseorang pemegang lesen hendaklah memohon secara bertulis untuk mendapatkan kelulusan bertulis daripada Bank di bawah subseksyen (1)—

(a)

mengikut apa-apa bentuk dan cara berserta dengan apa-apa dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;

dan

(b)

dengan mengemukakan apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.

(3)

Tiada seorang pemegang lesen pun boleh melantik seseorang sebagai seorang pengurus melainkan jika orang itu memenuhi kriteria minimum orang yang “layak dan sesuai” sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.

(4)

Tiada seorang pun boleh menerima pelantikan sebagai seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pengurus seseorang pemegang lesen jika orang itu tidak memenuhi kriteria minimum orang yang “layak dan sesuai” sebagaimana yang ditetapkan oleh

Bank.

Perniagaan Perkhidmatan Wang 37

(5)

Bank hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan sama ada seseorang itu telah memenuhi kriteria minimum orang yang “layak dan sesuai” di bawah subseksyen (1)

dan (3).

(6)

Jika seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pengurus tidak memenuhi kriteria minimum orang yang “layak dan sesuai”

sebagaimana yang ditetapkan oleh

Bank semasa tempoh pelantikannya, dia hendaklah dengan serta-merta terhenti memegang jawatan atas sifat sedemikian dan bertindak sebagai yang sedemikian, dan pemegang lesen itu hendaklah dengan serta-merta menamatkan pelantikan orang itu atas sifat yang sedemikian.

(7)

Seseorang yang telah terhenti memegang jawatan di bawah subseksyen (6) tidak boleh membuat apa jua tuntutan terhadap Bank atau menjadi berhak bagi pampasan daripada Bank bagi apa-apa kerugian atau kehilangan yang dialaminya atau berlaku ke atasnya disebabkan oleh kehilangan atau penamatan jawatannya itu.

(8)

Semasa belum selesainya apa-apa prosiding jenayah dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang melibatkan fraud, kecurangan, rasuah atau kesalahan lain yang seumpamanya terhadap mana-mana orang yang ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pengurus seorang pemegang lesen, orang sedemikian itu tidak boleh bertindak atas sifat sedemikian, memegang mana-mana jawatan lain, atau bertindak atas apa-apa sifat lain, dengan pemegang lesen itu, atau dalam apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bersangkut paut dengan atau mengambil bahagian atau terlibat dalam, apa jua pun aktiviti, hal ehwal atau perniagaan bagi atau berhubung dengan pemegang lesen itu, kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Bank, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Bank dan syarat itu hendaklah dipatuhi oleh orang itu.

(9)

Bagi maksud subseksyen (8), prosiding jenayah yang disebut itu hendaklah disifatkan belum selesai dari tarikh orang dituduh itu mula-mulanya dipertuduh dalam mahkamah bagi kesalahan itu sehinggalah tarikh keputusan muktamad prosiding itu, sama ada dalam mahkamah berbidang kuasa asal atau, sekiranya ada apa-apa

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

rayuan oleh mana-mana pihak, dalam mahkamah berbidang kuasa rayuan yang akhir.

(10)

Seseorang pemegang lesen hendaklah memberitahu Bank secara bertulis hakikat bahawa pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya atau pengurusnya—

(a)

telah terhenti memegang jawatan atas sifat sedemikian;

atau

(b)

terlibat dalam prosiding jenayah yang disebut dalam subseksyen (8), dan sebab baginya dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pemberhentian atau pertuduhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(11)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (3), (4),

(6)

, (8) atau (10) melakukan suatu kesalahan.

Pelantikan juruaudit

Section 30 — AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011