Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(2)
Seseorang pemegang lesen hendaklah memberitahu Bank secara bertulis tentang—
(a)
pelantikan seorang juruaudit di bawah subseksyen (1); dan
(b)
penamatan pelantikan seorang juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan sebab bagi penamatan sedemikian,
Perniagaan Perkhidmatan Wang 39
dan pemberitahuan itu hendaklah dibuat kepada Bank dalam tempoh empat belas hari dari pelantikan atau penamatan pelantikan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Jika seorang juruaudit yang dilantik oleh seorang pemegang lesen di bawah subseksyen (1) tidak memenuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank di bawah subseksyen itu dalam tempoh pelantikannya, dia hendaklah dengan serta-merta berhenti menjadi juruaudit pemegang lesen itu dan memaklumkan hakikat sedemikian kepada pemegang lesen, dan pemegang lesen yang berkenaan hendaklah dengan serta-merta menamatkan pelantikan juruaudit itu.
(4)
Bank boleh menghendaki seseorang juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1)—
(a)
supaya mengemukakan kepada Bank, pada bila-bila masa, apa-apa maklumat yang dikehendaki olehnya berhubung dengan pengauditan yang dijalankan oleh juruaudit itu;
(b)
supaya memperbesar atau memperluas ruang lingkup pengauditannya ke atas perniagaan perkhidmatan wang dan hal ehwal pemegang lesen itu;
(c)
supaya menjalankan pemeriksaan atau mengadakan apa-apa tatacara dalam apa-apa hal tertentu; atau
(d)
supaya mengemukakan suatu laporan kepada Bank tentang apa-apa perkara dalam perenggan (b) dan (c), dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank.
(5)
Bagi maksud perenggan 4(a), maklumat yang dikehendaki berhubung dengan pengauditan boleh termasuk yang berikut:
(a)
penyata kewangan perniagaan perkhidmatan wang;
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
(b)
jumlah transaksi yang berhubungan dengan perniagaan perkhidmatan wang itu yang bersamaan dengan ringgit;
(c)
suatu laporan tentang sama ada rekod yang sepatutnya bagi transaksi berhubung dengan perniagaan perkhidmatan wang itu telah disenggarakan; dan
(d)
suatu laporan tentang sama ada pemegang lesen itu telah mematuhi peruntukan Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
(6)
Jika seorang juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1)
dalam melaksanakan tugasnya di bawah seksyen ini mengesyaki atau mengetahui bahawa pemegang lesen itu telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, adalah sah dan menjadi kewajipan bagi juruaudit itu untuk memberikan maklumat tentang suatu kesalahan yang disyaki atau dilakukan itu kepada Bank.
(7)
Pemegang lesen itu hendaklah membayar saraan juruaudit berhubung dengan perkhidmatan juruaudit itu di bawah seksyen ini.
(8)
Bank, jika difikirkannya bahawa juruaudit yang dilantik oleh pemegang lesen itu tidak menjalankan kewajipannya dengan memuaskan hati Bank, boleh menghendaki pemegang lesen itu supaya melantik seorang juruaudit lain.
(9)
Pemegang lesen itu hendaklah mengemukakan suatu salinan laporan audit yang telah ditandatangani oleh juruaudit itu dengan sewajarnya kepada Bank tidak lewat daripada tiga bulan atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, selepas berakhirnya tahun kewangan pemegang lesen itu.
(10)
Bagi maksud seksyen ini, “penyata kewangan” termasuklah kunci kira-kira tahunan terkini yang telah diaudit, akaun untung dan rugi, dan penyata yang menyatakan sumber dana, seseorang pemegang lesen.
Perniagaan Perkhidmatan Wang 41
(11)
Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1),
(2)
, (3), (7), (8) atau (9) melakukan suatu kesalahan.
(12)
Mana-mana juruaudit yang melanggar subseksyen (3), (4)
atau (6) melakukan suatu kesalahan.
Pemegang syer pemegang lesen