Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 32

(2)

Seseorang pemegang lesen hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis daripada Bank terlebih dahulu bagi mana-mana pemegang syer substansial yang baru.

(3)

Bank hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan sama ada seseorang itu telah memenuhi kriteria minimum orang yang “layak dan sesuai” di bawah subseksyen (1).

(4)

Jika seseorang pemegang syer tidak memenuhi kriteria miminum orang yang “layak dan sesuai” sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank semasa perjalanan perniagaan perkhidmatan wang, pemegang lesen itu hendaklah memaklumkan hakikat sedemikian kepada Bank secara bertulis dengan seberapa segera yang mungkin dan pemegang syer itu hendaklah melupuskan pemegangan syernya dalam pemegang lesen itu dengan seberapa segera yang mungkin.

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“pemegang syer” termasuklah mana-mana orang yang bertindak bersama-sama dengan pemegang syer itu; dan

(b)

“orang yang bertindak bersama-sama” ertinya seseorang yang telah membuat suatu perjanjian atau perkiraan untuk—

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

(i)

memperoleh secara bersesama atau berasingan kepentingan dalam syer sesuatu perbadanan bagi maksud mendapatkan atau menyatukan kawalan ke atas perbadanan itu; atau

(ii)

bertindak secara bersesama bagi maksud melaksanakan kawalan ke atas sesuatu perbadanan melalui kepentingan dalam syer perbadanan itu yang telahpun dipegang oleh mereka secara bersesama atau berasingan, dan tanpa menjejaskan keluasan perenggan ini, orang yang berikut hendaklah dianggap sebagai orang yang bertindak bersama-sama melainkan jika yang sebaliknya dibuktikan:

(A)

sesuatu perbadanan dan perbadanan berkaitannya dan sekutunya;

(B)

sesuatu perbadanan dan mana-mana pengarahnya, atau ibu atau bapa, anak, abang atau adik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan mana-mana pengarahnya, atau suami atau isteri kepada mana-mana pengarah itu atau mana-mana saudara yang sedemikian, bagi mana-mana amanah berkaitan;

(C)

sesuatu perbadanan dan apa-apa kumpulan wang pencen yang ditubuhkan olehnya;

(D)

seseorang dan mana-mana syarikat pelaburan, unit amanah atau kumpulan wang lain yang pelaburannya diuruskan oleh orang itu berdasarkan budi bicara;

atau

(E)

seseorang penasihat kewangan dan kliennya yang merupakan suatu perbadanan, yang penasihat kewangan itu menguruskan wang kliennya berdasarkan budi bicara dan mempunyai sepuluh peratus atau lebih kepentingan dalam syer klien itu.

Perniagaan Perkhidmatan Wang 43

(6)

Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1),

(2)

atau (4) melakukan suatu kesalahan.

Membuat perubahan dalam struktur pemegangan syer