Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 37

(2)

Seseorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengiriman wang hendaklah mendepositkan kesemua wang yang diterima daripada pelanggannya bagi maksud pengiriman wang itu ke dalam akaun yang disebut dalam subseksyen (1) dan deposit itu hendaklah dibuat tidak lewat daripada hari perniagaan berikutnya selepas hari perniagaan yang wang itu telah diterima oleh pemegang lesen itu.

(3)

Seseorang pemegang lesen tidak boleh mengeluarkan atau menggunakan wang daripada akaun yang disenggarakan di bawah subseksyen (1) kecuali—

(a)

wang yang telah dibayar ke dalam akaun itu oleh pemegang lesen itu bagi maksud pembukaan atau penyenggaran akaun itu;

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

(b)

wang yang sewajarnya dikehendaki bagi membuat pengiriman wang kepada atau bagi pihak seseorang pelanggan;

(c)

wang yang sewajarnya dikehendaki bagi pembayaran fi atau caj kepada seseorang pemegang lesen bagi perkhidmatan pengiriman wang yang diberikan kepada seseorang pelanggan dan pelanggan itu telah diberitahu bahawa apa-apa wang yang dipegang olehnya itu akan digunakan untuk atau melunaskan fi dan caj sedemikian;

(d)

bagi peruntukan bayaran balik kepada pelanggan perniagaan pengiriman wang pemegang lesen itu; atau

(e)

apa-apa faedah yang terakru, jika ada.

(4)

Tiada wang pun boleh dibayar ke dalam sesuatu akaun tentuan seseorang pemegang lesen yang disenggarakan di bawah subseksyen (1) kecuali—

(a)

wang yang telah dibayar oleh seorang pemegang lesen itu ke dalam suatu akaun sedemikian bagi maksud pembukaan atau penyenggaraan akaun itu; atau

(b)

wang yang dikehendaki oleh subseksyen (2) supaya dibayar ke dalam akaun sedemikian.

(5)

Menjadi kewajipan seseorang pemegang lesen untuk mengeluarkan apa-apa dana yang didepositkan secara salah ke dalam akaun tentuannya yang disenggarakan di bawah subseksyen (1)

dengan melanggar subseksyen (4) dengan serta-merta selepas menyedari kesilapan itu.

(6)

Wang di dalam sesuatu akaun yang disenggarakan di bawah subseksyen (1) tidak boleh ditahan, disekuesterkan atau dilevikan ke atas atau bagi atau berkenaan dengan apa-apa hutang seseorang pemegang lesen atau apa-apa jua tuntutan terhadap seseorang pemegang lesen.

Perniagaan Perkhidmatan Wang 47

(7)

Jika seseorang pemegang lesen itu diisytiharkan tidak solven atau digulungkan oleh suatu perintah mahkamah, wang di dalam akaun yang disenggarakan di bawah subseksyen (1) tidak boleh disifatkan menjadi sebahagian daripada harta pemegang lesen itu.

(8)

Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1),

(2)

, (3), (4), (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Perakuan penutupan

Section 37 — AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011