Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(2)
Jika Bank bercadang untuk membatalkan kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen 40(1), Bank hendaklah memberi pemegang lesen itu suatu notis bertulis yang menyatakan pembatalan yang dicadangkan itu dan alasan pembatalan itu.
(3)
Pemegang lesen itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis kepada Bank dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis itu.
(4)
Jika tiada representasi bertulis diterima oleh Bank dalam tempoh yang ditentukan di bawah subseksyen (3), Bank hendaklah membatalkan kelulusan itu melalui notis bertulis.
(5)
Jika representasi bertulis diterima,
Bank, setelah mempertimbangkan representasi itu, hendaklah memberi pemegang lesen itu suatu notis bertulis tentang keputusannya.
(6)
Suatu pembatalan di bawah subseksyen (4), atau suatu keputusan untuk membatalkan suatu kelulusan di bawah subseksyen
(5)
, tidak boleh berkuat kuasa sehingga habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis di bawah subseksyen (4) atau (5) atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan.
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
(7)
Jika Bank membuat keputusan di bawah subseksyen (5) untuk tidak membatalkan kelulusan itu, ia boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas pemegang lesen itu sebagaimana yang ditentukannya dalam notis bertulis yang diberikan di bawah subseksyen itu.
(8)
Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (7) melakukan suatu kesalahan.