Malaysia legislation

Section 47

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 47

(a)

ejen perniagaan perkhidmatan wang itu tidak memenuhi kriteria minimum orang yang “layak dan sesuai”

sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank pada bila-bila masa dalam tempoh pelantikan ejen itu;

(b)

ejen perniagaan perkhidmatan wang itu sedang melanggar atau telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kehendak lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank di bawah subseksyen 46(1);

(c)

pelantikan ejen perniagaan perkhidmatan wang itu telah ditamatkan oleh seorang pemegang lesen; atau

(d)

ejen perniagaan perkhidmatan wang itu telah terlibat dalam amalan tidak selamat dan tidak wajar dalam menjalankan perniagaan perkhidmatan wangnya.

(2)

Jika Bank bercadang untuk membatalkan kelulusan bertulis di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah memberi pemegang lesen itu notis bertulis yang menyatakan cadangan pembatalan itu dan alasan bagi pembatalan itu.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

(3)

Pemegang lesen itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis kepada Bank dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis itu di bawah subseksyen (2).

(4)

Jika tiada representasi bertulis diterima oleh Bank dalam tempoh yang ditentukan di bawah subseksyen (3), Bank hendaklah membatalkan kelulusan bertulis itu melalui notis bertulis.

(5)

Jika suatu representasi bertulis diterima, Bank hendaklah, setelah mempertimbangkan representasi itu, memberi pemegang lesen itu suatu notis bertulis tentang keputusannya.

(6)

Suatu pembatalan di bawah subseksyen (4), atau suatu keputusan untuk membatalkan kelulusan bertulis di bawah subseksyen (5), tidak boleh berkuat kuasa sehingga habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis di bawah subseksyen (4)

atau (5) atau apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(7)

Jika Bank membuat keputusan di bawah subseksyen (5) untuk tidak membatalkan kelulusan bertulis, Bank boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas pemegang lesen dan ejen perniagaan perkhidmatan wang itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam notis bertulis yang diberikan di bawah subseksyen itu.

(8)

Kepuasan Bank di bawah perenggan (1)(b) bahawa mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kehendak lain telah dilanggar oleh seseorang ejen perniagaan perkhidmatan wang boleh tercapai tanpa mengambil kira sama ada apa-apa pendakwaan diambil atau tidak terhadap mana-mana orang bagi pelanggaran itu.

(9)

Bank hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan ejen perniagaan perkhidmatan wang itu daripada daftar ejen perniagaan perkhidmatan wang yang disenggarakan oleh Bank di bawah seksyen 44 dari tarikh pembatalan itu berkuat kuasa di bawah subseksyen (6).

(10)

Seseorang pemegang lesen hendaklah dengan serta-merta menamatkan pelantikan ejen perniagaan perkhidmatan wangnya yang kelulusannya telah dibatalkan oleh Bank dan hendaklah mengarahkan

Perniagaan Perkhidmatan Wang 55

ejen perniagaan perkhidmatan wang itu supaya berhenti menjalankan perniagaan perkhidmatan wang bagi pihak pemegang lesen itu dari tarikh pembatalan itu berkuat kuasa di bawah subseksyen (6).

(11)

Apa-apa pembatalan kelulusan bertulis yang diberikan kepada seseorang ejen perniagaan perkhidmatan wang di bawah seksyen ini tidak boleh berkuat kuasa sehingga—

(a)

menjejaskan apa-apa perjanjian, transaksi atau perkiraan yang berhubungan dengan perniagaan perkhidmatan wang, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibuat oleh ejen perniagaan perkhidmatan wang itu sebelum tarikh pembatalan kelulusan itu berkuat kuasa di bawah subseksyen (6); atau

(b)

menjejaskan apa-apa hak, tuntutan, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, transaksi atau perkiraan sedemikian.

(12)

Kewajipan dan liabiliti seseorang ejen perniagaan perkhidmatan wang berkenaan dengan pelanggannya hendaklah diambil alih oleh pemegang lesen yang melantik ejen itu apabila pembatalan kelulusan ejen itu berkuat kuasa di bawah subseksyen

(6)

.

(13)

Seseorang pemegang lesen yang—

(a)

tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (7) melakukan suatu kesalahan; atau

(b)

melanggar subseksyen (10) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(14)

Seseorang ejen perniagaan perkhidmatan wang yang kelulusannya telah dibatalkan oleh Bank dan pembatalan itu telah berkuat kuasa di bawah subseksyen (6) tidak boleh membuat apa jua tuntutan terhadap Bank atau berhak kepada apa-apa pampasan

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

daripada Bank bagi apa-apa kerugian atau kehilangan yang dialaminya atau berlaku ke atasnya disebabkan oleh pembatalan itu.