Malaysia legislation

Section 50

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 50

(a)

memberikan akses kepada semua harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem termasuklah sistem pengiriman wang, dokumen atau maklumat;

(b)

mengemukakan semua harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat sedemikian; atau

(c)

memberikan kata laluan yang perlu, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan atau apa-apa cara

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

yang lain yang dikehendaki untuk mengakses dan membolehkan pemahaman ke atas mana-mana output komputer, kepada seseorang pemeriksa bagi maksud pemeriksaan itu dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dikehendaki oleh pemeriksa itu.

(2)

Walau apa pun keluasan subseksyen (1), pemeriksa itu di bawah subseksyen (1) boleh mengambil milikan apa-apa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat yang dia diberi akses kepadanya di bawah subseksyen

(1)

jika pada pendapatnya—

(a)

ia perlu bagi maksud pemeriksaan, termasuklah membuat salinan atau mengambil cabutan daripadanya;

(b)

ia mungkin diganggu, dimusnahkan, disembunyikan atau dialihkan melainkan jika dia mengambil milikan ke atasnya; atau

(c)

ia mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang mungkin dimulakan di bawah Akta ini,

Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Kehadiran di hadapan pemeriksa

Section 50 — AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011