Malaysia legislation

Section 54

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 54

Kuasa pegawai penyiasat

(a)

tertakluk kepada; dan

(b)

menikmati hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan tanggung rugi sebagaimana yang ditentukan dalam, peruntukan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi seseorang pegawai atau pekerja Bank seolah-olah dia ialah seorang pegawai atau pekerja Bank.

Perniagaan Perkhidmatan Wang 61

(2)

Seseorang pegawai penyiasat hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Gabenor, atau mana-mana pegawai lain Bank sebagaimana yang diberi kuasa oleh Gabenor untuk bertindak bagi pihaknya, dan mana-mana pegawai penyiasat lain yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya, dan menunaikan kewajipannya yang disebut dalam subseksyen (1) dengan mematuhi apa-apa petunjuk, arahan, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang Gabenor, atau seseorang pegawai Bank yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya, atau seseorang pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi, boleh menentukan secara lisan atau bertulis, sama ada secara am atau dalam apa-apa hal atau hal keadaan tertentu.

(3)

Gabenor, atau mana-mana pegawai Bank yang diberi kuasa oleh Gabenor untuk bertindak bagi pihaknya, hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan kewajipan seorang pegawai penyiasat.

(4)

Seseorang pegawai penyiasat yang menjalankan apa-apa pemeriksaan ke atas mana-mana orang di bawah Bahagian ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah atau ikrar kepada orang yang sedang diperiksa.

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

Section 54 — AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011