Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
(a)
mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
(b)
terdapat di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi menjalankan suatu penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
munasabah, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan sekiranya perlu dengan kekerasan.
(2)
Sesuatu waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
boleh memberikan kuasa kepada pegawai penyiasat untuk—
(a)
memasuki mana-mana premis dan menggeledah bagi, menyita dan menahan apa-apa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat;
(b)
memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, apa-apa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat yang disita dan ditahan;
(c)
mengambil milikan, dan memindahkan dari premis itu, apa-apa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat yang disita dan ditahan;
(d)
memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu, menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat yang perlu untuk membantu pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat yang dijumpai pada orang itu;
(e)
memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa artikel, bejana atau bekas; atau
(f)
memberhentikan, menahan atau menggeledah mana-mana kenderaan.
(3)
Seseorang pegawai penyiasat yang memeriksa mana-mana orang di bawah perenggan (2)(d) boleh menahan orang itu bagi suatu tempoh sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan
Perniagaan Perkhidmatan Wang 63
pemeriksaan itu dijalankan yang mana tidak boleh dalam apa-apa keadaan melebihi dua puluh empat jam tanpa kebenaran seorang
Majistret, dan boleh jika perlu memindahkannya dalam jagaan ke mana-mana tempat lain sebagaimana yang boleh diputuskan oleh
Bank untuk memudahkan pemeriksaan itu.
(4)
Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang pegawai penyiasat yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.
(5)
Seseorang pegawai penyiasat boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kurungan, pintu atau halangan yang lain kepada premis, untuk masuk ke dalamnya;
(b)
memasuki dengan kekerasan premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu;
(c)
memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan
(d)
menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran