Malaysia legislation

Section 56

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 56

Jika seseorang pegawai penyiasat berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 55 penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai penyiasat itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam,

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 55 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Section 56 — AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011