Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
mengikut apa-apa bentuk dan cara berserta dengan apa-apa dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; dan
(b)
dengan mengemukakan apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
(2)
Tiada seorang pun boleh memohon bagi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang melainkan jika orang itu suatu syarikat.
(3)
Bank boleh, melalui notis bertulis, menghendaki pemohon itu atau mana-mana orang yang ialah atau akan menjadi seorang pengarah, pengawal atau ketua pegawai eksekutif pemohon itu supaya memberikan maklumat atau dokumen tambahan.
(4)
Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon itu atau pengarahnya, pengawalnya atau ketua pegawai eksekutifnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam tempoh masa yang ditentukan dalam notis bertulis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Bank, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik
Perniagaan Perkhidmatan Wang 19
balik dan tidak boleh diteruskan lagi, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baru.
Kehendak bagi lesen