Malaysia legislation

Section 60

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 60

Senarai harta, dsb., yang disita

(a)

menyediakan dan menandatangani suatu senarai segala harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat yang disita;

dan

(b)

menyatakan dalam senarai itu lokasi di mana, atau orang yang, harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, dokumen atau maklumat itu dijumpai atau didapati.

(2)

Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen 55(1)

atau seksyen 56 semasa perjalanan penyiasatan, atau mana-mana orang bagi pihak penghuni, atau jika tiada penghuni atau orang bagi pihak penghuni itu, seorang pegawai polis, hendaklah pada setiap masa dibenarkan untuk hadir sepanjang penggeledahan itu, menandatangani senarai penggeledahan itu atau meletakkan cap ibu jarinya ke atas senarai itu, dan diberikan satu salinan senarai geledah yang telah disiapkan dan ditandatangani di bawah seksyen ini.

(3)

Jika penghuni, atau orang yang bertindak bagi pihak penghuni itu, atau pegawai polis di bawah subseksyen (2) enggan untuk menandatangani senarai geledah itu atau meletakkan cap ibu jarinya ke atas senarai itu, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan namanya atas senarai geledah itu, hakikat keengganan berbuat demikian dan sebab baginya, jika ada, yang dinyatakan oleh penghuni itu, orang yang bertindak bagi penghuni itu atau pegawai polis itu.

(4)

Bagi maksud subseksyen (2) dan (3), “pegawai polis” ertinya seorang pegawai polis yang pangkatnya tidak kurang daripada pangkat inspektor.

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

Pelepasan harta, dsb., yang disita