Malaysia legislation

Section 61

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 61

(a)

pada penutupan penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripadanya; atau

(b)

dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada mana-mana pegawai Bank yang diberikan kuasa oleh Gabenor untuk bertindak bagi pihaknya bagi maksud ini, atau mana-mana pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, pada bila-bila masa sebelum penutupan penyiasatan, melepaskan apa-apa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat yang disita, ditahan atau dialih olehnya, atau oleh mana-mana pegawai penyiasat lain di bawah Bahagian ini, kepada orang yang harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat itu disita, ditahan atau dialih, jika dia berpuas hati bahawa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat itu tidak diperlukan bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(2)

Pegawai penyiasat yang menyebabkan apa-apa pelepasan di bawah subseksyen (1) hendaklah merekodkan secara bertulis hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan sedemikian.

(3)

Jika seorang pegawai penyiasat tidak dapat menentukan orang di bawah subsekyen (1) yang harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat itu disita, ditahan atau dialih, dia hendaklah membuat suatu permohonan secara bertulis kepada mahkamah tentang pelupusan harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat itu.

Perniagaan Perkhidmatan Wang 67

(4)

Mahkamah apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (3) dan setelah berpuas hati bahawa orang di bawah subseksyen (1) yang harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat yang disita, ditahan atau dialih itu tidak dapat dikesan hendaklah memerintahkan harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat itu dilucut hak atau dilupuskan oleh

Bank.

Halangan terhadap penjalanan kuasa pegawai penyiasat