Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
Mana-mana orang yang—
(a)
enggan memberi seseorang pegawai penyiasat yang menjalankan kuasanya di bawah Bahagian ini akses ke mana-mana premis atau bahagian premis itu, atau enggan membenarkan dirinya diperiksa;
(b)
menyerang, menghalang, menggalang atau melengah-lengahkan seseorang pegawai penyiasat untuk masuk sedangkan dia berhak masuk;
(c)
tidak mematuhi apa-apa tuntutan yang sah daripada seseorang pegawai penyiasat yang melaksanakan kewajipannya di bawah Bahagian ini;
(d)
tidak memberikan kepada seseorang pegawai penyiasat apa-apa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang berkuasa diberikan olehnya;
(e)
tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, seseorang pegawai penyiasat, atau memusnahkan, mengubahkan atau mengalihkan apa-apa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat yang dikehendaki oleh pegawai penyiasat itu;
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
(f)
menyelamatkan atau berusaha menyelamatkan apa-apa benda yang telah disita, ditahan atau dipindahkan;
(g)
memberikan kepada seseorang pegawai penyiasat dengan mengatakan sebagai benar maklumat yang dia tahu, atau mempunyai sebab bagi mempercayai adalah palsu; atau
(h)
sebelum atau selepas apa-apa penggeledahan atau penyitaan, menyembunyikan, menyorokkan, mengubahkan, melupuskan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat untuk mengelakkannya daripada disita atau memberikan perlindungan ke atas harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen atau maklumat itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Kehendak supaya menyediakan terjemahan