Malaysia legislation

Section 64

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 64

(2)

Dalam hal suatu perbadanan, notis itu boleh disampaikan kepada setiausaha atau pegawai lain perbadanan yang seumpama itu atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal perbadanan itu.

(3)

Jika orang yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah seksyen ini tidak boleh dijumpai setelah usaha wajar dibuat, notis itu boleh disampaikan—

(a)

dalam hal seorang individu, di alamat kediamannya dengan meninggalkan satu salinan notis untuk orang itu kepada anggota keluarganya yang dewasa, atau dengan orang gajinya yang tinggal bersama dengannya atau dengan mana-mana orang dewasa lain yang menghuni premis itu bersama-samanya; atau

(b)

dalam hal suatu entiti termasuklah seorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang, di alamat berdaftarnya atau alamat perniagaannya, dengan meninggalkan satu salinan notis itu dengan seorang pekerja entiti itu atau melekatkan notis itu di beberapa bahagian penting premis entiti itu.

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

(4)

Jika orang yang dinyatakan dalam mana-mana notis yang diberikan di bawah Akta ini tidak boleh dijumpai walaupun usaha wajar dijalankan, dan penyampaian tidak boleh dibuat sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (3), satu salinan notis itu hendaklah dilekatkan di beberapa bahagian penting premis itu atau mana mana tempat lain yang orang yang dinyatakan dalam notis itu pada lazimnya tinggal, dan dalam hal sedemikian notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan.

(5)

Jika selepas suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pegawai penyiasat mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi atau alasan munasabah untuk mengesyaki bagi membenarkan pemulaan atau penerusan mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang, pegawai penyiasat itu hendaklah menghendaki seseorang pengadu, jika ada, dan seramai orang yang boleh yang pegawai penyiasat itu berpendapat mengetahui hal keadaan kes itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, untuk melaksanakan satu jaminan untuk hadir ke hadapan mahkamah yang dinamakan dalam notis itu.

(6)

Jika mana-mana pengadu atau orang yang disebutkan dalam subseksyen (5) enggan untuk melaksanakan suatu jaminan di bawah subseksyen itu, pegawai penyiasat itu hendaklah melaporkan keengganan sedemikian kepada mahkamah yang boleh dengan sebab hal itu pada budi bicaranya mengeluarkan waran atau saman untuk memastikan kehadiran pengadu atau orang itu.

Kuasa untuk memeriksa orang