Malaysia legislation
Section 65
Seksyen 65
(a)
memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan oleh pegawai penyiasat itu berhubung dengan apa-apa perkara
Perniagaan Perkhidmatan Wang 71
yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu;
(b)
memerintahkan mana-mana orang itu supaya mengemukakan di hadapan pegawai penyiasat itu harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu; atau
(c)
menghendaki mana-mana orang supaya memberikan satu pernyataan bertulis yang dibuat atas sumpah atau ikrar menerangkan di dalamnya segala maklumat sedemikian yang mungkin dikehendaki di bawah notis itu, merupakan maklumat yang, pada pendapat pegawai penyiasat itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu, dan hendaklah mengubah kepada bertulis apa-apa kenyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa itu..
(2)
Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan
(1)
atau (b), atau suatu kehendak di bawah perenggan (1)(c), telah diberikan hendaklah mematuhi terma perintah atau kehendak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan, khususnya—
(a)
seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai penyiasat sehinggalah pemeriksaan itu selesai, dan hendaklah di sepanjang pemeriksaan itu menzahirkan segala maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapatkan olehnya, berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengannya dia sedang diperiksa, sama ada apa-apa soalan dikemukakan kepadanya ataupun tidak mengenainya itu, dan jika apa-apa soalan dikemukakan kepadanya dia hendaklah
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
menjawab soalan itu dengan benar dan sepanjang yang dia tahu dan percaya, dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan yang soalan itu mungkin menunjukkan dia atau suami atau isterinya bersalah;
(b)
seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menyembunyikan, menyorokkan, memusnahkan, mengubahkan, memindahkan dari atau menghantar ke luar
Malaysia, atau mengurusniagakan, membelanjakan, atau melupuskan, apa-apa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mengubahkan atau merosakkan apa-apa catatan dalam mana-mana dokumen lain yang itu atau menyebabkannya supaya dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukannya; dan
(c)
seseorang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam pernyataannya yang dibuat atas sumpah atau ikrar, memberikan dan menzahirkan dengan benar semua maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang berada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapatkan olehnya, dan tidak boleh tidak memberikan atau menzahirkan maklumat itu atas alasan yang maklumat itu mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya bersalah.
(3)
Seseorang yang kepadanya suatu perintah atau notis diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis atau perintah itu dan peruntukan subseksyen (2) yang berhubungan dengannya, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada diperbuat sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, atau apa-apa sumpah, akujanji atau kehendak menyimpan rahsia, yang berlawanan, atau apa-apa kewajipan di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, yang berlawanan.
Perniagaan Perkhidmatan Wang 73
(4)
Jika mana-mana orang menzahirkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen, maklumat, artikel, atau benda, menurut subseksyen (1) dan (2), baik orang yang mula-mula disebutkan itu, mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihak atau atas arahannya atau yang sebagai ejen atau pekerja orang yang mula-mula disebut itu mungkin bertindak, tidak boleh, oleh sebab penzahiran atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa dakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa apa-apa perjanjian atau perkiraan, atau bagaimana jua pun selainnya.
(5)
Seseorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik dan menahan selama apa-apa jangka masa yang difikirkannya perlu, apa-apa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang dikemukakan di hadapannya semasa berjalannya sesuatu penyiasatan di bawah subseksyen (1), atau memeriksa orang yang sedang diperiksa olehnya di bawah perenggan
(1)
, atau yang mengemukakan apa-apa benda kepadanya di bawah perenggan (1)(b), untuk memastikan sama ada apa-apa benda yang relevan dengan penyiasatan itu disembunyikan, atau selainnya, pada diri orang itu.
(6)
Sesuatu pernyataan yang telah diubah kepada bertulis oleh seorang pegawai penyiasat mengikut subseksyen (1) hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang yang sedang diperiksa, dan jika orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan atas rekod itu di bawah tandatangannya dengan menyatakan hal keengganan itu dan sebab-sebab baginya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.
(7)
Rekod suatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau suatu pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau apa-apa harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau selainnya
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
semasa berjalannya suatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a)
atau di bawah sesuatu pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), walau apa pun mana-mana undang undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di mana-mana mahkamah—
(a)
bagi, atau yang berhubungan dengan, sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;
(b)
bagi, atau yang berhubungan dengan, apa-apa perkara lain di bawah Akta ini; atau
(c)
bagi, atau yang berhubungan dengan, apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang telah diperiksa, atau yang mengemukakan harta, radas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, dokumen, maklumat, artikel atau benda, atau yang membuat pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar itu, atau terhadap mana-mana orang lain.
(8)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi sesuatu perintah atau kehendak seseorang pegawai penyiasat di bawah subseksyen (1) atau
(2)
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Penyerahan dokumen perjalanan