Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
Perniagaan Perkhidmatan Wang 75
Walau apa pun apa-apa jua di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis yang lain, Bank, atas inisiatifnya sendiri, atau atas permintaan seorang pegawai polis atau mana-mana pihak berkuasa awam atau institusi, yang sedang menjalankan apa-apa penyiasatan di bawah mana-mana undang-undang, boleh membenarkan pegawai polis, pihak berkuasa awam atau institusi itu akses kepada atau suatu salinan kepada—
(a)
suatu dokumen yang disita, ditahan atau diambil milik;
(b)
suatu rekod pemeriksaan; atau
(c)
suatu pernyataan bertulis yang bersumpah atau diikrar, di bawah Akta ini.
Pegawai penyiasat disifatkan sebagai pekhidmat awam dan pegawai awam