Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
tiap-tiap orang yang ialah, atau akan menjadi, pemegang syer substansial, pengarah, pengawal, ketua pegawai eksekutif, atau pengurus pemohon itu, telah memenuhi kriteria minimum orang yang “layak dan sesuai”
sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank;
(b)
pemohon itu mempunyai perancangan perniagaan yang kukuh;
(c)
pemohon itu mempunyai perkiraan tadbir urus, mekanisme kawalan dalaman dan tatacara yang wajar, kukuh dan mencukupi untuk menguruskan operasi aktiviti perniagaan perkhidmatan wang yang dicadangkan;
(d)
pemohon itu mempunyai mekanisme kawalan dalaman dan progam pematuhan yang wajar, kukuh dan mencukupi untuk mematuhi kehendak Akta Pencegahan Pengubahan
Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan
Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] dan kewajipan statutori yang lain yang pemohon itu tertakluk atau akan menjadi tertakluk kepadanya;
(e)
pemohon itu mempunyai keupayaan kewangan untuk memenuhi kehendak modal sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank;
(f)
maklumat dan dokumen yang dikemukakan oleh pemohon itu adalah benar dan tepat; dan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
(g)
pemohon itu telah memenuhi kehendak lain yang perlu untuk menguruskan operasi perniagaan perkhidmatan wang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(2)
Bank hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan sama ada seseorang pemohon telah mematuhi kehendak di bawah subseksyen (1).
(3)
Apabila mempertimbangkan sesuatu permohonan bagi suatu lesen di bawah seksyen 5, Bank hendaklah mengambil kira perkara perkara yang berikut:
(a)
apa-apa perkara yang berhubungan dengan mana-mana orang yang diambil kerja atau akan diambil kerja oleh, atau yang bersekutu atau akan bersekutu dengan, pemohon itu bagi maksud perniagaan perkhidmatan wang pemohon itu;
(b)
apa-apa perkara yang berhubungan dengan mana-mana perbadanan berkaitan atau perbadanan bersekutu atau mana-mana pemegang syer substansial, pengarah, pengawal atau ketua pegawai eksekutif pemohon itu;
(c)
apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pemohon itu yang berada dalam milikan Bank sama ada yang telah diberikan oleh pemohon itu atau tidak; dan
(d)
sama ada pemberian lesen itu bermanfaat bagi kepentingan nasional dan ekonomi Malaysia.
Pemberian atau keengganan memberikan lesen
*7. (1)
Bank boleh, selepas mempertimbangkan permohonan bagi suatu lesen di bawah seksyen 5 dan setelah berpuas hati bahawa kesemua kehendak di bawah subseksyen 6(1) telah dipatuhi dan
*Lihat perenggan 94(1)(b) dan perenggan 94(1)(c).
Perniagaan Perkhidmatan Wang 21
kesemua perkara di bawah subseksyen 6(3) telah diambil kira, memberikan suatu lesen atau enggan memberikan suatu lesen.
(2)
Bank boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya sesuai dalam memberikan sesuatu lesen.
(3)
Tempoh sesuatu lesen hendaklah bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
(4)
Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Fi