Malaysia legislation
Section 71
Seksyen 71
Agent provocateur
Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini—
(a)
tiada agent provocateur pun, sama ada dia seorang pegawai atau pekerja Bank atau tidak, boleh dianggapkan menjadi seorang rakan jenayah atau tidak boleh dipercayai hanya kerana dia telah cuba melakukan atau bersubahat dalam, atau telah bersubahat atau terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu jika tujuan utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu adalah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu;
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
(b)
apa-apa pernyataan sama ada secara lisan atau bertulis yang dibuat oleh mana-mana orang kepada agent provocateur itu, termasuklah mana-mana orang yang kemudiannya didakwa dengan suatu kesalahan di bawah
Akta ini, hendaklah menjadi boleh diterima sebagai keterangan dan diberikan kadar wajar dan pertimbangan dalam mana-mana perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan
(c)
suatu sabitan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang berasaskan semata-mata pada keterangan tanpa sokongan mana-mana agent provocateur tidak boleh menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu tidak menyebut dalam alasan penghakimannya kehendak supaya mengingatkan dirinya tentang bahaya membuat sabitan berdasarkan pada keterangan sedemikian.
Orang tertentu yang berkenaan dengannya kuasa-kuasa penyiasatan boleh dijalankan