Malaysia legislation

Section 72

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 72

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa penyiasatan lain yang diberikan kepada seseorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, kuasa itu boleh dilaksanakannya—

(a)

terhadap—

(i)

mana-mana sekutu perniagaan yang lalu atau sekarang;

(ii)

mana-mana orang yang adalah atau pernah menjadi seorang saudara;

(iii)

mana-mana orang yang adalah, atau pernah pada bila-bila masa, membuat apa-apa urus niaga atau transaksi, termasuk juruaudit, dengan;

Perniagaan Perkhidmatan Wang 79

(iv)

mana-mana pengarah, ketua pegawai eksekutif, pekerja atau ejen yang lalu atau sekarang;

(v)

mana-mana orang yang sedang atau telah bersangkut-paut dengan pengawalan atau pengurusan, keseluruhan atau sebahagian hal ehwal;

atau

(vi)

mana-mana pemegang syer atau mana-mana orang yang mempunyai atau pernah mempunyai sesuatu kepentingan dalam syer, atau selainnya mempunyai atau pernah mempunyai suatu kepentingan dalam harta, orang yang disyaki yang telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

terhadap mana-mana sekutu perniagaan atau saudara kepada orang yang disebutkan dalam perenggan (a); atau

(c)

terhadap mana-mana badan diperbadankan atau tak diperbadankan yang baginya mana-mana orang yang disebutkan dalam perenggan (a) ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pekerja atau ejen, yang mana badan itu adalah suatu perbadanan, mempunyai suatu kepentingan dalam syer perbadanan itu.