Malaysia legislation
Section 73
Seksyen 73
(a)
seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang—
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
(i)
sedang menjalankan perniagaan perkhidmatan wang dengan cara yang memudaratkan kepentingan pelanggannya atau kepentingan awam secara amnya;
(ii)
sedang melanggar atau telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(iii)
telah tidak mematuhi mana-mana garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 74, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(iv)
telah menjadi atau mungkin akan menjadi tidak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya di bawah Akta ini; atau
(b)
perlu untuk berbuat demikian oleh sebab apa-apa pemeriksaan atau penyiasatan di bawah Akta ini,
Bank boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis untuk—
(A)
melarang seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang daripada menjalankan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perniagaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu;
(B)
melarang seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang daripada melakukan atau melaksanakan apa-apa perbuatan atau fungsi berkaitan dengan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perniagaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu;
(C)
menggantung perniagaan seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang pada apa-apa takat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang perlu untuk memberikan kuat kuasa kepada larangan di bawah perenggan (A) atau (B);
Perniagaan Perkhidmatan Wang 81
(D)
memberi Bank kuasa untuk mengambil ke dalam jagaannya atau kawalannya, dokumen, harta atau harta persendirian pemegang lesen itu atau ejen perniagaan perkhidmatan wang seseorang pemegang lesen; atau
(E)
menghendaki seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang supaya mengambil apa-apa langkah, mengambil apa-apa tindakan, melakukan atau menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan atau benda, apa jua pun, yang pada pendapat Bank adalah perlu untuk meremedi keadaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Dalam memberikan apa-apa arahan di bawah subseksyen (1),
Bank boleh memasukkan kehendak yang berbangkit, bersampingan atau berdampingan sifatnya untuk dipatuhi oleh pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu dan Bank boleh mengenakan apa-apa terma, syarat dan kehendak sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank.
(3)
Jika Bank bercadang untuk mengeluarkan suatu arahan secara bertulis di bawah subseksyen (1) kepada seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang, Bank hendaklah memberi orang itu suatu notis bertulis yang menyatakan tindakan yang dicadangkan dan alasan bagi tindakan itu.
(4)
Pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis kepada
Bank dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis itu.
(5)
Jika Bank berpendapat bahawa apa-apa kelengahan dalam mengeluarkan arahan kepada seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang di bawah seksyen ini akan memudaratkan kepentingan pelanggan atau orang awam, Bank boleh mengeluarkan arahan itu dan peluang untuk membuat representasi di bawah subseksyen (4) hendaklah diberikan sebaik selepas keputusan untuk memberikan arahan itu dibuat dan susulan daripada representasi itu, Bank boleh mengesahkan atau membatalkan arahan itu.
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
(6)
Jika tiada representasi bertulis diterima oleh Bank dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4), Bank hendaklah melalui notis bertulis meneruskan tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen (3).
(7)
Jika representasi bertulis diterima, Bank hendaklah, setelah mempertimbangkan representasi itu, memberi pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu suatu notis bertulis tentang keputusannya.
(8)
Suatu keputusan untuk mengambil tindakan di bawah subseksyen (6) atau (7) hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta atau pada apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam notis bertulisnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(9)
Jika Bank membuat keputusan di bawah subseksyen (7) untuk tidak mengambil apa-apa tindakan, Bank boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang dinyatakannya dalam arahan yang diberikan di bawah subseksyen itu.
(10)
Pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang diputuskan oleh
Bank.
(11)
Seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang hendaklah memberhentikan perniagaannya jika tindakan yang dicadangkan atau keputusan yang berkuat kuasa di bawah subseksyen
(8)
berhubung dengan penggantungan perniagaan itu, dan penggantungan itu tidak berkuat kuasa sehingga menjejaskan—
(a)
apa-apa perjanjian, transaksi atau perkiraan yang berhubungan dengan perniagaan yang dibuat oleh pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(b)
apa-apa hak, tuntutan, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, transaksi atau
Perniagaan Perkhidmatan Wang 83
perkiraan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum perniagaan itu digantung.
(12)
Kepuasan Bank di bawah subseksyen (1) bahawa mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini telah dilanggar atau bahawa mana-mana garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis telah tidak dipatuhi oleh seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang boleh tercapai tidak kira sama ada apa-apa pendakwaan diambil atau tidak atas pelanggaran atau ketakpatuhan itu.
(13)
Seseorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang tidak boleh membuat apa jua tuntutan terhadap Bank atau menjadi berhak kepada pampasan daripada Bank bagi apa-apa kerugian atau kehilangan yang dialaminya atau berlaku ke atasnya disebabkan oleh pengeluaran arahan oleh Bank di bawah subseksyen
(1)
.
(14)
Mana-mana orang yang—
(a)
tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (9) melakukan satu kesalahan; atau
(b)
melanggar subseksyen (10) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Kuasa Bank untuk mengeluarkan garis panduan, dsb.