Malaysia legislation

Section 75

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 75

(a)

sedang melanggar atau telah melanggar peruntukan Akta ini selain peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual; atau

(b)

tidak mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan mana-mana garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis bertulis yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 74, dalam hal keadaan apabila orang itu di bawah suatu obligasi untuk mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu telah melakukan suatu kemungkiran di bawah Akta ini.

(2)

Jika seseorang telah melakukan suatu kemungkiran di bawah subseksyen (1) dan Bank berpuas hati bahawa adalah wajar untuk mengambil tindakan terhadap orang itu, Bank boleh mengambil mana-mana satu atau lebih daripada tindakan yang berikut:

Perniagaan Perkhidmatan Wang 85

(a)

untuk mengarahkan orang yang mungkir itu supaya mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan mana-mana peruntukan, garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

untuk mengenakan suatu penalti yang sepadan dengan berat atau seriusnya kemungkiran itu, tetapi dalam apa-apa hal keadaan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit;

(c)

untuk mencela orang yang mungkir itu;

(d)

untuk menghendaki orang yang mungkir itu supaya mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh Bank untuk meremedi kemungkiran itu atau mengurangkan kesan kemungkiran itu, termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan kemungkiran itu; atau

(e)

untuk mengeluarkan suatu kenyataan awam yang mempunyai kesan bahawa, pada pendapat Bank, ia perlu bagi maksud kepentingan awam.

(3)

Bank tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (2) tanpa memberi orang yang mungkir itu notis bertulis yang menyatakan tindakan yang dicadangkan dan alasan bagi tindakan itu.

(4)

Orang yang mungkir itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis kepada Bank dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis itu.

(5)

Jika tiada representasi bertulis diterima oleh Bank dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4), Bank hendaklah melalui suatu notis bertulis meneruskan tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen (3).

86 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

(6)

Jika representasi bertulis diterima, Bank hendaklah, setelah mempertimbangkan representasi itu, memberi orang yang mungkir itu suatu notis bertulis tentang keputusannya.

(7)

Suatu keputusan untuk mengambil tindakan di bawah subseksyen (5) atau (6) hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta atau pada apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam notis bertulisnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(8)

Jika seseorang telah gagal membayar suatu penalti yang dikenakan oleh Bank di bawah perenggan (2)(b), guaman boleh dibawa untuk mendapatkan penalti yang dikenakan oleh Bank itu dan penalti itu boleh didapatkan sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia.

(9)

Bagi maksud perenggan (2)(d), dalam menentukan sama ada atau tidak restitusi kena dibuat oleh seseorang yang mungkir, Bank hendaklah mengambil kira—

(a)

keuntungan yang terakru kepada orang yang mungkir itu;

atau

(b)

sama ada satu atau lebih orang telah mengalami kehilangan atau selainnya terjejas akibat kemungkiran itu.

(10)

Tanpa menjejaskan mana-mana remedi lain, jika sesuatu arahan di bawah perenggan (2)(d) telah menghendaki orang yang mungkir itu untuk membuat restitusi dalam bentuk pembayaran wang dan orang yang mungkir itu tidak membayar restitusi itu, Bank boleh membawa guaman terhadap dan mendapatkan restitusi itu sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan dengan kemungkiran itu.

(11)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Bank daripada mengambil apa-apa tindakan yang ia diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini terhadap orang yang mungkir itu.

(12)

Setakat yang apa-apa amaun yang didapatkan di bawah perenggan (2)(d) atau subseksyen (10) tidak dapat diagihkan

Perniagaan Perkhidmatan Wang 87

disebabkan kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan itu, amaun itu hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan.

Tindakan sivil oleh Bank