Malaysia legislation
Section 77
Seksyen 77
Kuasa mahkamah untuk membuat perintah tertentu
(a)
wujud kemungkinan yang munasabah bahawa mana-mana orang akan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini;
atau
(b)
mana-mana orang telah melanggar suatu peruntukan Akta ini dan terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk meremedi pelanggaran itu atau untuk mengurangkan kesan pelanggaran itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran itu, sama ada atau tidak orang itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu dakwaan, mahkamah boleh, tanpa menjejaskan apa-apa perintah yang berhak dibuat olehnya selain menurut seksyen ini, membuat satu atau lebih daripada perintah yang berikut:
(A)
suatu perintah yang menahan atau menghendaki pemberhentian pelanggaran itu;
88 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
(B)
suatu perintah yang menghendaki orang itu, atau mana-mana orang lain yang diketahui terlibat dalam pelanggaran itu, untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah untuk meremedi atau mengurangkan kesan pelanggaran itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran itu;
(C)
bagi maksud memastikan pematuhan apa-apa perintah lain di bawah seksyen ini, suatu perintah yang mengarahkan seseorang untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan suatu perbuatan yang dinyatakan;
(D)
suatu perintah yang menahan orang itu daripada memperoleh, melupuskan atau selainnya menguruskan, harta yang mengenainya mahkamah berpuas hati bahawa orang itu mungkin semunasabahnya melupuskan atau selainnya menguruskannya;
(E)
jika seseorang itu telah enggan atau tidak, atau masih enggan atau tidak, atau bercadang untuk enggan atau tidak, melakukan apa-apa perkara yang ia dikehendaki untuk melakukannya di bawah mana-mana peruntukan
Akta ini, suatu perintah yang menghendaki orang itu untuk melakukannya;
(F)
dalam hal jika orang itu ialah seorang ketua pegawai eksekutif, pengarah atau pengurus yang bertanggungjawab ke atas perniagaan perkhidmatan wang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang, suatu perintah yang memecat orang itu daripada jawatannya atau dia dihalang daripada menjadi seorang ketua pegawai eksekutif, pengarah atau pengurus pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, atau untuk terlibat dalam pengurusan, secara langsung atau tidak langsung, pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah; atau
Perniagaan Perkhidmatan Wang 89
(G)
apa-apa perintah sampingan yang disifatkan wajar berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah mana-mana peruntukan terdahulu subseksyen ini.
(2)
Jika suatu permohonan dibuat kepada suatu mahkamah bagi suatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah itu boleh, jika pada pendapatnya adalah wajar untuk berbuat demikian, sebelum mempertimbangkan permohonan itu, membuat suatu perintah interim dan perintah itu hendaklah dinyatakan mempunyai kuat kuasa sementara menanti penentuan permohonan itu.
(3)
Mahkamah boleh, sebelum membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), mengarahkan supaya notis permohonan itu diberikan kepada mana-mana orang sebagaimana yang difikirkannya patut atau mengarahkan supaya notis permohonan itu disiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, atau kedua-duanya.
(4)
Jika suatu permohonan dibuat kepada mahkamah bagi suatu perintah di bawah subseksyen (1)(E), mahkamah boleh membenarkan perintah itu—
(a)
jika mahkamah berpuas hati bahawa orang itu telah enggan atau tidak melakukan perbuatan yang dikehendaki itu, sama ada atau tidak mahkamah mendapati bahawa orang itu berniat sekali lagi untuk enggan atau tidak atau terus untuk enggan atau tidak, melakukan perbuatan yang dikehendaki itu; atau
(b)
jika mahkamah mendapati bahawa sekiranya perintah sedemikian tidak dibenarkan, berkemungkinan bahawa orang itu akan enggan atau tidak melakukan perbuatan yang dikehendaki itu, sama ada atau tidak orang itu telah sebelum ini enggan atau tidak melakukan perbuatan itu atau sama ada atau tidak terdapat apa-apa risiko kerugian yang hampir berlaku kepada mana-mana orang jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu atau benda itu enggan atau tidak berbuat demikian.
90 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
(5)
Jika suatu permohonan bagi suatu perintah di bawah subseksyen (1) dibuat oleh Bank atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Bank, mahkamah tidak boleh, menjadikan sebagai suatu syarat bagi perintah itu diberikan, menghendaki apa-apa aku janji tentang ganti rugi yang kena diberikan oleh atau bagi pihak Bank.
(6)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu perintah di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(7)
Subseksyen (6) tidak menyentuh kuasa mahkamah berhubung dengan hukuman hina mahkamah.
(8)
Mahkamah boleh menghapuskan, mengubah atau membatalkan sesuatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantung kuat kuasa perintah sedemikian.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan