Malaysia legislation

Section 79

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 79

Bank boleh, mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang difikirkannya wajar, menyiarkan apa-apa maklumat sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Bank bagi maksud kepentingan awam, termasuk maklumat yang berikut:

(a)

penerimaan oleh mana-mana orang mengenai suatu tawaran untuk mengkompaun sesuatu kesalahan di bawah subseksyen 88(1);

(b)

pemansuhan atau pembatalan apa-apa pengecualian yang diberikan di bawah seksyen 91;

(c)

sabitan mana-mana orang bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau

(d)

apa-apa tindakan lain yang diambil oleh Bank terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini.