Malaysia legislation

Section 80

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 80

Jika suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang dalam apa jua cara mempunyai

92 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

kawalan ke atas perniagaan perkhidmatan wang pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian, hendaklah disifatkan melakukan suatu kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang dia patut jalankan, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.