Malaysia legislation

Section 85

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 85

Peruntukan dalam seksyen 84 tidak terpakai bagi penzahiran apa-apa maklumat atau dokumen—

(a)

kepada Bank, atau kepada mana-mana pengarah atau pegawai Bank, atau kepada mana-mana orang yang dilantik oleh Bank di bawah subseksyen 3(3), jika penzahiran itu adalah bagi maksud menjalankan kuasa, melaksanakan fungsi atau menunaikan kewajipan Bank, atau pengarah atau pegawai Bank, atau bagi orang yang dilantik di bawah subseksyen 3(3);

(b)

kepada mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan profesional kepada Bank berhubung dengan apa-apa perkara undang undang, perakaunan, penilaian atau apa-apa perkara lain yang memerlukan pengetahuan profesional, dan dia dibenarkan secara bertulis oleh Bank untuk mendapatkan maklumat itu daripada pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu bagi maksud perkhidmatannya kepada Bank;

(c)

yang pada masa penzahiran itu adalah, atau telah dibuat, sedia ada secara sahnya kepada orang awam daripada apa-Perniagaan Perkhidmatan Wang 95

apa sumber selain pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu;

(d)

yang dalam bentuk ringkasan, penyatuan, agregat atau kumpulan maklumat yang dinyatakan mengikut apa-apa cara yang daripadanya itu tidak dapat memastikan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana pelanggan tertentu;

(e)

yang pelanggan, atau wakil dirinya, telah memberikan kebenaran secara bertulis untuk dizahirkan;

(f)

jika penzahiran sedemikian dikehendaki atau dibenarkan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini;

(g)

jika penzahiran sedemikian dikehendaki oleh mana-mana mahkamah; atau

(h)

jika penzahiran sedemikian dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana mahkamah atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Percubaan, persubahatan dan komplot