Malaysia legislation
Section 88
Seksyen 88
Kuasa untuk mengkompaun
(2)
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(3)
Jika amaun yang ditetapkan dalam tawaran subseksyen (1)
tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang lanjut sebagaimana yang boleh diberikan oleh Gabenor, pendakwaan kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang menerima tawaran itu.
Perniagaan Perkhidmatan Wang 97
(4)
Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaunkan kesalahan itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berhubung dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Bank, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang Bank fikirkan patut.
(5)
Semua amaun wang yang diterima di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibayar ke dalam
Kumpulan
Wang
Disatukan
Persekutuan.
Pendakwaan