Malaysia legislation

Section 94

of *AKTA PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Seksyen 94

Kecualian

(a)

seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 7 Akta

Pengurupan Wang 1998 hendaklah disifatkan sebagai dilesenkan di bawah seksyen 7 pada tarikh yang ditetapkan dan boleh menjalankan perniagaan pengurupan wang di bawah Akta ini;

(b)

seseorang yang telah diberi kebenaran oleh Pengawal

Pertukaran Wang Asing di bawah *seksyen 10 Akta

*CATATAN–Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]–lihat seksyen 271 Akta 758 m.b.p. 30 Jun 2013 (kecuali seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U.(B) 276/2013] dan 1

Januari 2015 (bagi seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U. (B) 552/2014].

*CATATAN–Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]–lihat seksyen 271 Akta 758 m.b.p. 30 Jun 2013 (kecuali seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U.(B) 276/2013] dan 1

Januari 2015 (bagi seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U. (B) 552/2014].

Perniagaan Perkhidmatan Wang 99

Kawalan Pertukaran Wang 1953 untuk menjalankan perniagaan pengiriman wang hendaklah disifatkan sebagai dilesenkan di bawah seksyen 7 pada tarikh yang ditetapkan dan boleh menjalankan perniagaan pengiriman wang di bawah Akta ini;

(c)

seseorang yang telah diberi kebenaran oleh Pengawal

Pertukaran Wang Asing di bawah *seksyen 4, 24 dan 25

Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 untuk menjalankan perniagaan mata wang borong, hendaklah disifatkan sebagai dilesenkan di bawah seksyen 7 pada tarikh yang ditetapkan dan boleh menjalankan perniagaan mata wang borong di bawah Akta ini; dan

(d)

seseorang yang telah menerima suatu pemberitahuan bertulis daripada Bank di bawah *seksyen 5 Akta Sistem

Pembayaran 2003

berkenaan dengan pengadaan perniagaan pengiriman wang dengan menggunakan sistem pengiriman wangnya sendiri, pengadaan perniagaan pengiriman wang dengan menggunakan sistem pengiriman wang pihak ketiga, atau mengadakan sistem pengiriman wang kepada mana-mana orang, hendaklah disifatkan sebagai diberi kelulusan di bawah seksyen 40

pada tarikh yang ditetapkan dan boleh terus menggunakan sistem itu di bawah Akta ini.

(2)

Seseorang yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah mematuhi apa-apa syarat sehingga takat dan dalam apa-apa tempoh, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

100 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

Pemberian lesen kepada orang yang disifatkan sebagai dilesenkan atau dibenarkan untuk menjalankan perniagaan