Malaysia legislation
Section 95
Seksyen 95
Tertakluk kepada seksyen 95—
(a)
kurang daripada dua tahun dari tarikh yang ditetapkan, orang itu hendaklah memohon di bawah seksyen 5 bagi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang dalam tempoh tiga bulan dari tarikh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau
(b)
dua tahun atau lebih dari tarikh yang ditetapkan, orang itu hendaklah memohon di bawah seksyen 5 bagi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang dalam tempoh enam bulan dari tarikh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank.
(2)
Jika tempoh sah lesen atau kebenaran yang disebut dalam seksyen 94 tidak dinyatakan, orang itu hendaklah membuat permohonan di bawah seksyen 5 bagi suatu lesen perniagaan perkhidmatan wang dalam tempoh enam bulan dari tarikh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(3)
Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) atau (2) bagi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan pengiriman wang hendaklah dikemukakan berserta dengan permohonan untuk mendapatkan kelulusan bertulis daripada Bank terlebih dahulu di bawah seksyen 40 untuk menggunakan sistem pengiriman wang, sama ada sistem itu kepunyaannya sendiri atau sistem pihak ketiga.
(4)
Seorang yang disebut dalam perenggan 94(1)(d) hendaklah disifatkan telah mendapat kelulusan bertulis daripada Bank di bawah seksyen 40 untuk menggunakan suatu sistem pengiriman wang apabila kelulusan itu diberikan oleh Bank kepada seorang pemegang lesen di bawah seksyen itu.
Perniagaan Perkhidmatan Wang 101
(5)
Bank boleh memberikan suatu lesen di bawah seksyen 7
kepada seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2), dengan atau tanpa syarat, atau enggan untuk memberikan suatu lesen.
(6)
Lesen atau kebenaran yang diberikan kepada seseorang yang disebut dalam seksyen 94 hendaklah dibatalkan—
(a)
jika subseksyen (1) atau (2) tidak dipatuhi, apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen itu; atau
(b)
jika subseksyen (1) atau (2) dipatuhi tetapi lesen ditolak di bawah seksyen 7, pada tarikh penolakan itu.
(7)
Jika Bank bercadang untuk tidak memberikan suatu lesen di bawah Akta ini kepada seseorang yang disebut dalam seksyen 94,
Bank hendaklah memberi orang itu suatu notis bertulis yang menyatakan niat Bank dan alasan lesen itu tidak diberikan.
(8)
Orang itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis kepada Bank dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis daripada Bank.
(9)
Jika tiada representasi bertulis diterima oleh Bank dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (8), Bank tidak akan memberikan lesen itu.
(10)
Jika representasi bertulis diterima, Bank hendaklah, selepas mempertimbangkan representasi itu, memberikan keputusannya kepada orang itu melalui suatu notis bertulis.
(11)
Jika Bank memberikan suatu lesen di bawah seksyen 7 kepada seseorang yang disebut dalam seksyen 94, pemegang lesen itu hendaklah mematuhi peruntukan Akta ini dengan meningkatkan dana modalnya kepada apa-apa amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh
Bank dalam tempoh satu tahun dari tarikh lesen itu diberikan.
(12)
Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima
102 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Peralihan