Malaysia legislation
Section 96
Seksyen 96
Jika baki tempoh sah lesen atau kebenaran yang disebut dalam seksyen 94—
(a)
semua—
(i)
peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, pengecualian dan perundangan subsidiari lain, tidak kira bagaimana jua sekalipun disebut; dan
(ii)
kelulusan, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif lain, tidak kira bagaimana jua sekalipun disebut, yang dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, Akta yang dimansuhkan,
*seksyen 4, 10, 24, 25 dan 39 Akta Kawalan Pertukaran
Wang 1953 berhubung dengan perniagaan mata wang borong dan perniagaan pengiriman wang, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau *seksyen 5 Akta Sistem
Pembayaran 2003 berhubung dengan pengendali sistem pengiriman wang, hendaklah disifatkan telah dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang kepadanya
Akta itu terpakai sehinggalah dipinda, dimansuhkan, diungkai, dibatalkan atau digantikan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini;
*CATATAN–Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]–lihat seksyen 271 Akta 758 m.b.p. 30 Jun 2013 (kecuali seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U. (B) 276/2013] dan 1
Januari 2015 (bagi seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U. (B) 552/2014].
Perniagaan Perkhidmatan Wang 103
(b)
semua garis panduan, pekeliling, piawaian, notis atau pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Bank atau Menteri berhubung dengan perniagaan pengurupan wang, perniagaan pengiriman wang, perniagaan mata wang borong dan pengendalian sistem pengiriman wang, sebelum tarikh yang ditetapkan dan berkuat kuasa sebaik selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan telah dikeluarkan menurut undang-undang di bawah seksyen 74
berhubung dengan peruntukan tertentu Akta ini yang bersamaan dengan perkara yang diperkatakan dalam garis panduan, pekeliling, piawaian, notis atau pemberitahuan itu dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehinggalah ia dipinda, diungkai atau digantikan di bawah Akta ini;
(c)
apa-apa permohonan bagi sesuatu lesen, kebenaran, kelulusan, pemberitahuan atau keizinan, atau bagi apa-apa jua pun maksud lain, yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau kepada Bank di bawah Akta yang dimansuhkan, *seksyen 4, 10, 24, 25 dan 39 Akta
Kawalan Pertukaran Wang 1953 berhubung dengan perniagaan mata wang borong atau perniagaan pengiriman wang, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau
*seksyen 5 Akta Sistem Pembayaran 2003 berhubung dengan pengendali sistem pengiriman wang, sebelum tarikh yang ditetapkan, dan belum diputuskan sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah luput pada tarikh yang ditetapkan;
(d)
transaksi atau urus niaga yang dilaksanakan atau dibuat menurut undang-undang, dan segala perniagaan yang dilakukan menurut undang-undang, di bawah atau mengikut Akta yang dimansuhkan, *seksyen 4, 10, 24, 25
dan 39 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 berhubung dengan perniagaan mata wang borong atau perniagaan
*CATATAN–Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]–lihat seksyen 271 Akta 758 m.b.p. 30 Jun 2013 (kecuali seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U. (B) 276/2013] dan 1
Januari 2015 (bagi seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U. (B) 552/2014].
104 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
pengiriman wang, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau *seksyen 5 Akta Sistem Pembayaran 2003 berhubung dengan pengendali sistem pengiriman wang, hendaklah disifatkan telah dilaksanakan, dibuat, atau dilakukan menurut undang-undang dan secara sah, di bawah dan mengikut Akta ini, dan dengan demikian itu, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi, urus niaga atau perniagaan yang ada, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan sebagai berterusan menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini;
(e)
tiada apa pun yang boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum atas apa-apa kesalahan atau kemungkiran yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan, *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 atau
*Akta Sistem Pembayaran 2003 sebelum tarikh yang ditetapkan;
(f)
apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan jenayah, penyiasatan yang belum selesai atau apa-apa hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum tarikh yang ditetapkan berkenaan dengan suatu kesalahan atau kemungkiran di bawah Akta yang dimansuhkan,
*Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 atau *Akta Sistem
Pembayaran 2003 boleh dimulakan, diteruskan atau dikuatkuasakan seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat;
dan
(g)
apa-apa rayuan kepada
Menteri yang menunggu keputusan di bawah seksyen 13 Akta yang dimansuhkan hendaklah diteruskan atau diselesaikan di bawah Akta yang dimansuhkan itu.
*CATATAN–Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]–lihat seksyen 271 Akta 758 m.b.p. 30 Jun 2013 (kecuali seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U.(B) 276/2013] dan 1
Januari 2015 (bagi seksyen 129 dan Jadual 9) [P.U. (B) 552/2014].
Perniagaan Perkhidmatan Wang 105