Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Bank—
(a)
mengikut apa-apa bentuk dan cara berserta dengan apa-apa dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
dan
(b)
dengan mengemukakan apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
(2)
Bank boleh, melalui notis bertulis, menghendaki pemegang lesen itu atau seorang pengarah, pengawal atau ketua pegawai eksekutif pemegang lesen itu supaya memberikan maklumat atau dokumen tambahan.
(3)
Bank boleh, setelah mempertimbangkan permohonan bagi pembaharuan lesen itu di bawah subseksyen (1)—
(a)
membaharui lesen itu, dengan atau tanpa syarat; atau
(b)
menolak untuk membaharui lesen itu.
(4)
Bank boleh menolak permohonan untuk membaharui suatu lesen yang dibuat di bawah seksyen ini jika—
(a)
permohonan itu diterima oleh Bank selepas habis tempoh lesen itu;
(b)
permohonan itu tidak dibuat mengikut subseksyen (1);
(c)
pemegang lesen itu telah tidak mengemukakan maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (2);
(d)
pemegang lesen itu tidak mematuhi kehendak Akta ini, atau peraturan-peraturan, garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis di bawah Akta ini; atau
(e)
penjalanan perniagaan pemegang lesen itu tidak memuaskan pada pendapat Bank.
Perniagaan Perkhidmatan Wang 23
(5)
Jika seseorang pemegang lesen mengemukakan suatu permohonan untuk membaharui lesennya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1), lesen itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga suatu keputusan dibuat oleh Bank mengenai permohonan bagi pembaharuan lesen itu.
(6)
Jika Bank bercadang untuk menolak pembaharuan lesen itu,
Bank hendaklah memberi pemegang lesen itu suatu notis bertulis yang menyatakan alasan bagi penolakan itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(7)
Pemegang lesen itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis kepada Bank dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis di bawah subseksyen (6).
(8)
Jika tiada representasi bertulis diterima oleh Bank dalam tempoh yang ditentukan di bawah subseksyen (7), Bank hendaklah menolak permohonan untuk membaharui lesen itu melalui notis bertulis.
(9)
Jika representasi bertulis diterima, Bank hendaklah, selepas mempertimbangkan representasi bertulis itu, memberi pemegang lesen itu notis bertulis mengenai keputusannya dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(10)
Suatu penolakan untuk membaharui lesen di bawah subseksyen (8) atau (9) tidak boleh berkuat kuasa sehingga habis tempoh lesen itu atau jika lesen itu masih sah menurut subseksyen
(5)
, sehingga habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis di bawah subseksyen (8) atau (9), mengikut mana-mana yang berkenaan.
(11)
Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah perenggan (3)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
Syarat lesen