Malaysia legislation
Section 2
Section 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–
“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah seksyen 12;
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 733
“kawasan pembangunan Kampong Bharu” ertinya mana-mana kawasan di sekitar Kampong Bharu yang diisytiharkan oleh
Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta untuk dibangunkan;
“kepentingan orang Melayu” termasuklah kepentingan sosial dan ekonomi, dan warisan, adat, budaya dan nilai sejarah, orang
Melayu di Kampong Bharu;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 27;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Perbadanan
Pembangunan Kampong Bharu yang ditubuhkan di bawah seksyen 35;
“Majlis Penasihat” ertinya Majlis Penasihat yang ditubuhkan di bawah seksyen 19;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan Kampong Bharu;
“pekerja” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh
Perbadanan di bawah seksyen 29, dan termasuklah Ketua Pegawai
Eksekutif;
“pelan struktur” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
[Akta 267];
“pelan tempatan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah subseksyen 1(2).
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 9