Malaysia legislation

Section 3

of KAMPONG BHARU DEVELOPMENT CORPORATION ACT 2011

Section 3

(2)

Perbadanan adalah kekal turun temurun dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

(3)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—

(a)

membuat kontrak; dan

(b)

berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan tak alih—

(i)

memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan

(ii)

memegang, menikmati, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat urusan mengenai, apa-apa harta dan kepentingan yang terletak hak pada

Perbadanan.

Meterai perbadanan