Malaysia legislation

Section 100

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 100

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud berikut:

(a)

untuk menetapkan semua perkara berhubung dengan pengeluaran lesen perkhidmatan sejagat dan lesen perkhidmatan bukan sejagat di bawah Akta ini;

(b)

untuk menetapkan tatacara bagi Suruhanjaya dalam penjalanan kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini;

(c)

untuk menetapkan bentuk pemberitahuan, notis dan perintah yang hendaklah dibuat di bawah Akta ini;

(d)

untuk mentakrifkan ruang lingkup dan pengecualian perkhidmatan sejagat;

(e)

untuk menetapkan pemegang lesen perkhidmatan sejagat sebagai Pengendali Pos Ditetapkan;

(f)

untuk menetapkan bantuan kewangan bagi perkhidmatan sejagat;

(g)

untuk menetapkan kadar yang hendak dibayar berkenaan dengan produk dan perkhidmatan dalam perkhidmatan sejagat;

(h)

untuk menetapkan fi dan caj di bawah Akta ini, yang termasuklah untuk mengecualikan bayaran apa-apa fi dan caj pada terma dan syarat yang Menteri sifatkan sesuai;

(i)

untuk menetapkan mengenai perkara filateli dan pengeluaran setem pos;

(j)

untuk menetapkan semua perkara mengenai perkhidmatan kewangan pos;

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

(k)

untuk menetapkan semua perkara berhubung dengan pelindungan pengguna;

(l)

untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang hendak digunakan;

(m)

untuk menetapkan pelaksanaan dan perkara-perkara lain yang berhubung dengan sistem poskod dan pengalamatan;

(n)

untuk menetapkan semua perkara yang baginya Akta ini membuat peruntukan nyata supaya dibuat melalui peraturan-peraturan; dan

(o)

untuk menetapkan semua perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi menguatkuasakan Akta ini.

Kuasa Suruhanjaya untuk membuat kaedah-kaedah