Malaysia legislation

Section 104

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 104

Pelindungan terhadap pegawai dan orang lain

Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Suruhanjaya, mana-mana anggota Suruhanjaya, mana-mana pekerja atau ejen Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini;

dan

(b)

mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Suruhanjaya atau pegawai yang diberi kuasa jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai melaluinya.