Malaysia legislation

Section 106

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 106

Pemegang lesen atau mana-mana daripada pekerjanya tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding jenayah daripada apa-apa sifat bagi apa-apa ganti rugi (termasuklah ganti rugi punitif), kerugian, kos atau perbelanjaan yang ditanggung atau akan ditanggung (sama ada secara langsung atau tidak langsung) kerana apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam pelaksanaan kewajipan yang dikenakan di bawah seksyen 105.