Malaysia legislation
Section 108
Seksyen 108
(a)
menggantung lesen mana-mana pemegang lesen, mengambil kawalan sementara mana-mana kemudahan rangkaian pos atau perkhidmatan yang dipunyai atau
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 741
diberikan oleh pemegang lesen mengikut apa-apa cara yang difikirkannya sesuai;
(b)
menarik balik sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya penggunaan mana-mana kemudahan rangkaian pos atau perkhidmatan daripada mana-mana pemegang lesen, orang atau orang awam;
(c)
memerintahkan bahawa mana-mana perkhidmatan yang diberi oleh pemegang lesen, kepada seseorang, golongan orang atau orang awam, digantung sehingga selanjutnya notis bertulis diberi oleh Yang di-Pertuan Agong bahawa penggantungan tersebut telah diangkat; atau
(d)
memerintahkan bahawa mana-mana barang pos kepada atau daripada mana-mana orang tidak boleh diangkut atau hendaklah dipintas atau ditahan dan diserahkan kepada mana-mana pegawai yang disebutkan dalam perintah itu untuk dibuka, diperiksa atau diperlakukan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(2)
Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai yang diambil kerja oleh Kerajaan untuk menjalankan kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1).
(3)
Pemegang lesen hendaklah memberikan segala bantuan yang perlu apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Suruhanjaya atau seorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini.
Pelan bencana