Malaysia legislation

Section 110

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 110

(2)

Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan ini hendaklah, setakat yang selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan dengan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, dan hendaklah disifatkan bagi segala maksud telah dibuat di bawah Akta ini.

(3)

Mana-mana pendaftaran, perbuatan, perintah, arahan, kelulusan atau keputusan yang telah dilakukan, dibuat atau diberikan sebelum tarikh ditetapkan hendaklah disifatkan telah dilakukan, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan berhubung dengan mereka yang terhadapnya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah baru, peraturan-peraturan atau perundangan subsidiari yang lain dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh habis tempoh pendaftaran, tindakan, perintah, arahan atau keputusan.

(4)

Tiada apa-apa dalam Akta yang dimansuhkan atau Akta ini boleh menyentuh mana-mana orang yang boleh didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang dibawa, hukuman yang dijatuhkan, atau tindakan yang diambil, sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan atau pelanggaran sedemikian.

Lesen-lesen yang dikeluarkan di bawah Akta yang telah dimansuhkan bagi tempoh tiga tahun atau kurang

Section 110 — POSTAL SERVICES ACT 2012 | mylaw.my