Malaysia legislation
Section 112
Seksyen 112
(2)
Seorang pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan bagi suatu tempoh lebih daripada tiga tahun hendaklah memohon, tidak lewat daripada dua tahun selepas tarikh yang ditetapkan, bagi suatu lesen yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini sebagai ganti bagi lesen yang dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan.
(3)
Suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan bagi suatu tempoh lebih daripada tiga tahun hendaklah luput jika pemegang tidak memohon bagi suatu lesen di bawah Akta ini dalam masa dua tahun selepas tarikh yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (2).
Perkhidmatan Pos 85