Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 11

(2)

Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa selepas permohonan bagi lesen dibuat, meminta pemohon untuk memberi Suruhanjaya, dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu, maklumat atau dokumen lanjut.

(3)

Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Suruhanjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak lagi diteruskan, tetapi

Perkhidmatan Pos 23

tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat suatu permohonan yang baru.

(4)

Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia diluluskan atau ditolak.

(5)

Seseorang yang menyediakan perkhidmatan pos tanpa lesen sah yang diberikan di bawah seksyen 10 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Ketidakpakaian