Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membaharui suatu lesen yang sedia ada kecuali dalam hal keadaan yang berikut:
(a)
pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini;
(b)
pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana syarat lesen itu;
(c)
pemegang lesen itu telah mendapatkan lesen itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang;
Perkhidmatan Pos 29
(d)
pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini;
(e)
seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang lesen itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau
(f)
telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihak pemegang lesen itu atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen itu tidak lagi berhak untuk diberikan lesen di bawah Akta ini.
(3)
Suruhanjaya boleh meminta pemegang lesen itu untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki bagi permohonan pembaharuan itu dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu.
(4)
Walau apa pun subseksyen (2), jika maklumat atau dokumen yang diminta di bawah subseksyen (3) tidak diberi oleh pemegang lesen itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberi oleh Suruhanjaya, Menteri boleh menolak untuk membaharui lesen itu.
(5)
Jika Menteri enggan membaharui lesen itu, Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pemegang lesen itu melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keengganan
Menteri untuk membaharui lesen itu.
(6)
Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang lesen peluang untuk membuat penghujahan bertulis kepada Menteri dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari.
(7)
Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (6), Menteri hendaklah, selepas menimbang apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan dengan
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 741
mengambil kira sewajarnya apa-apa syor Suruhanjaya, memutuskan sama ada untuk membaharui lesen itu atau tidak.
(8)
Jika Menteri memutuskan untuk tidak membaharui lesen itu,
Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemegang lesen itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keputusan Menteri dan hendaklah menyiarkan keputusan itu dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian kebangsaan yang satunya berbahasa kebangsaan dan satu lagi berbahasa Inggeris untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
(9)
Apa-apa kelengahan atau kegagalan untuk menyiarkan notis yang disebut dalam subseksyen (8) tidak boleh dalam apa-apa cara pun menjejaskan kesahan keputusan Menteri untuk tidak memperbaharui lesen itu.
(10)
Menteri dan Suruhanjaya tidaklah bertanggungan bagi apa-apa tindakan, kerugian atau kerosakan yang berbangkit daripada atau yang disebabkan oleh penyiaran notis yang disebut dalam subseksyen (8).
Kesan pembatalan, penyerahan atau tidak memperbaharui lesen