Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

“barang pos” ertinya suatu surat, bungkus-ikat, bungkusan, pembalut atau kontena yang boleh dipungut, disalurkan dan diserahkan menerusi rangkaian pos seseorang pemegang lesen;

“bayaran pos” ertinya suatu caj atau fi termasuklah caj atau fi tambahan yang kena dibayar bagi pungutan, penyaluran dan penyerahan barang pos oleh pemegang lesen;

“capaian hiliran” ertinya suatu capaian kepada rangkaian pos dan kemudahan rangkaian pos seseorang pemegang lesen bagi proses akhir dan bagi maksud penyerahan oleh pemegang lesen yang lain;

“daftar” ertinya mana-mana daftar yang disenggarakan oleh

Suruhanjaya bagi maksud Akta ini;

“ditetapkan” jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan melalui peraturan–peraturan di bawah Akta ini;

“industri perkhidmatan pos” termasuklah perkhidmatan pos dan apa-apa perkhidmatan lain yang diperuntukkan di bawah Akta ini;

“karung mel” ertinya apa-apa karung, peti, bakul, bungkusan, sampul atau kontena termasuklah beg berkunci, yang di dalamnya barang pos disalurkan, sama ada ia mengandungi atau tidak mengandungi apa-apa barang pos;

“kemudahan rangkaian pos” ertinya apa-apa kemudahan dan kelengkapan yang digunakan oleh pemegang lesen sebagai sebahagian daripada rangkaian posnya dan dalam hal pemegang lesen perkhidmatan sejagat, termasuklah pejabat pos, peti pos, peti penghantaran dan kenderaan pos;

“lesen” ertinya suatu lesen perkhidmatan sejagat atau lesen bukan perkhidmatan sejagat yang diberikan di bawah subseksyen 13(2);

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi industri perkhidmatan pos;

“pegawai yang diberi kuasa” ertinya—

(a)

mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri bagi maksud Akta ini; atau

(b)

mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor;

“pejabat pos” termasuk mana-mana tempat, peranti atau pengangkut mel yang diberi kuasa oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat bagi pengeposan, penerimaan, penyisihan, pengendalian, penyaluran atau penyerahan barang pos;

“pemegang lesen” ertinya sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah *Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan yang telah diberikan suatu lesen di bawah Akta ini untuk menyediakan perkhidmatan pos;

“pengangkut mel” ertinya cara yang digunakan untuk menyalurkan barang pos;

“pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Syarikat 1965;

“pengenal pasti pos” ertinya apa-apa nama, logo, tanda atau reka bentuk yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada seseorang pemegang lesen—

(a)

yang mengenal pasti pemegang lesen; dan

(b)

yang dengan jelas menunjukkan kepada orang awam bahawa barang pos telah, atau diniatkan untuk diterima oleh pemegang lesen untuk penyaluran melalui pos;

“Pengendali Pos Ditetapkan” ertinya pemegang lesen perkhidmatan sejagat yang ditetapkan oleh Menteri;

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017 – lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

“pengguna” ertinya seseorang yang menggunakan rangkaian pos pemegang lesen sama ada sebagai pengirim atau penerima barang pos atau yang menggunakan perkhidmatan kewangan pos atau perkhidmatan pos elektronik;

“penyaluran barang pos” ertinya suatu proses apabila barang pos yang dihantar oleh pengirim ke suatu tempat akses sehingga ia diserahkan kepada penerima oleh pemegang lesen, atau ia dikembalikan kepada pengirim atau dilupuskan di bawah Akta ini oleh pemegang lesen;

“peranti pemproses data” ertinya apa-apa kelengkapan atau peranti yang daripadanya maklumat boleh dikeluarkan semula, dengan atau tanpa bantuan apa-apa kelengkapan atau peranti lain;

“kelengkapan mengutip atau menghantar mel” ertinya peralatan yang disediakan oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat untuk mengumpul dan menghantar mel termasuklah peti pos, peti bungkusan dan peti penghantaran;

“perkhidmatan bukan sejagat” ertinya perkhidmatan pos yang boleh disediakan kepada pengguna pada kadar selain kadar yang ditetapkan bagi perkhidmatan sejagat;

“perkhidmatan pos elektronik” ertinya perkhidmatan pos elektronik sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 35;

“perkhidmatan kewangan pos” ertinya perkhidmatan kewangan pos sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 34;

“perkhidmatan pos” ertinya pengumpulan, penyaluran dan penyerahan apa-apa barang pos;

“perkhidmatan sejagat” ertinya perkhidmatan pos, yang termasuk perkhidmatan pos asas yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk disediakan kepada pengguna ke seluruh Malaysia, pada kadar yang ditetapkan;

Perkhidmatan Pos 15

“peti pos” ertinya apa-apa peti atau bekas yang ditetapkan oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat, yang dalamnya pengirim boleh mendepositkan barang pos bagi maksud pungutan;

“peti surat” ertinya sesuatu bekas yang disediakan oleh pengguna untuk menerima barang pos yang dihantar kepada pengguna itu atau ke alamat pengguna itu;

“pos” ertinya suatu perbuatan meninggalkan suatu barang pos di mana-mana tempat, bekas, peranti atau pengangkut mel pemegang lesen atau dengan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pemegang lesen untuk memungut barang pos dan dalam hal pemegang lesen perkhidmatan sejagat, juga bererti meninggalkannya di mana-mana pejabat pos atau mendepositkan dalam mana-mana peti pos;

“rangkaian pos” ertinya suatu sistem organisasi dan sumber dalam apa-apa bentuk atau cara yang digunakan oleh pemegang lesen dalam menjalankan operasinya termasuklah aspek-aspek sistem yang digunakan bagi—

(a)

memungut barang pos dari tempat akses;

(b)

mengendali dan mengangkut barang pos dari tempat akses ke pusat pengagihan;

(c)

memproses barang pos; dan

(d)

mengagih barang pos kepada penerima;

“setem pos” ertinya apa-apa label atau setem yang melambangkan apa-apa kadar fi bayaran pos atau jumlah lain yang kena dibayar berkenaan dengan suatu barang pos, dan termasuk setem pos pelekat dan setem yang dicetak, dicetak timbul, ditera atau selainnya ditunjukkan pada mana-mana sampul, pembalut, poskad atau barang lain, sama ada setem itu dikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah undang-undang mana-mana negara lain;

“surat” ertinya apa-apa bentuk komunikasi bertulis atau dokumen komunikasi di dalam sampul surat atau sesuatu paket kecil yang

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

ditujukan kepada orang tertentu atau ke suatu alamat tertentu dan diangkut selain melalui cara elektronik, dan tidak termasuk kategori yang dinyatakan di bawah seksyen 12;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589];

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;

“tatacara pengendalian aduan” ertinya dokumen siaran yang disebut dalam subseksyen 51(1);

“tempat akses” ertinya tempat rangkaian pos pemegang lesen yang melaluinya pengirim mempunyai akses melalui apa-apa cara, dan dalam hal pemegang lesen perkhidmatan sejagat temasuklah pejabat pos dan peti pos;

“terma dan syarat am” ertinya terma dan syarat am pemegang lesen yang disebut dalam seksyen 32.

Serahan