Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(2)
Apa-apa had daripada liabiliti yang terkandung di dalam terma dan syarat am hendaklah menjadi pembelaan terhadap apa-apa pendakwaan, tindakan atau prosiding daripada apa-apa sifat, sama ada di mahkamah atau sebaliknya, diambil terhadap pemegang lesen perkhidmatan sejagat dan hendaklah secara berkesannya mengehadkan liabiliti pemegang lesen perkhidmatan sejagat setakat itu.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), jika pemegang lesen perkhidmatan sejagat telah bersetuju secara kontrak dengan pihak lain mengenai peruntukan had daripada liabiliti, terma dan syarat berkontrak tersebut hendaklah mengatasi.