Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 36

Kadar bayaran pos yang ditentukan oleh pemegang lesen hendaklah berasaskan kepada prinsip yang berikut:

(a)

bahawa kadar secara munasabahnya adil dan tidak berdiskriminasi;

(b)

bahawa kadar berorientasikan kos dan tidak mengandungi diskaun yang secara tidak munasabah memudaratkan peluang persaingan pemegang lesen yang lain;

(c)

bahawa kadar distrukturkan dan peringkat ditetapkan untuk menarik pelaburan dalam industri perkhidmatan pos; dan

Perkhidmatan Pos 37

(d)

bahawa kadar mengambil kira standard kadar yang disyorkan oleh suatu organisasi antarabangsa yang Malaysia merupakan anggota berhubung dengan perkhidmatan pos.

Kadar boleh dikawal selia

Section 36 — POSTAL SERVICES ACT 2012 | mylaw.my