Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
Kebenaran bagi perlakuan
(2)
Walau apa pun peruntukan Bahagian ini, Suruhanjaya hendaklah membenarkan perlakuan itu jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa kebenaran itu adalah demi kepentingan negara.
(3)
Sebelum membenarkan perlakuan itu, Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang lesen itu supaya mengemukakan suatu aku janji berkenaan dengan perlakuannya dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan kebenaran itu.
(4)
Jika pemegang lesen itu kemudiannya menarik balik aku janji itu, kebenaran itu hendaklah disifatkan tidak pernah diberikan bagi maksud Bahagian ini.
(5)
Seseorang pemegang lesen boleh menarik balik sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) pada bila-bila masa.
Daftar kebenaran