Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
(a)
keanggotaan badan itu terbuka kepada semua orang;
(b)
badan itu berupaya untuk melaksanakan sebagaimana yang dikehendaki di bawah peruntukan Akta ini yang berkaitan; dan
Perkhidmatan Pos 43
(c)
badan itu mempunyai perlembagaan bertulis.
(2)
Badan itu hendaklah bersetuju secara bertulis untuk menjadi
Forum Pos sebelum pelantikan itu boleh didaftarkan.
(3)
Suruhanjaya boleh memutuskan bahawa suatu badan yang sedia ada yang sebelum itu telah dilantik sebagai Forum Pos tidak lagi menjadi badan yang sesuai bagi maksud Akta ini, jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa badan itu tidak memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
(4)
Suatu pelantikan atau penarikan balik pelantikan di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran, atau suatu tarikh yang kemudian yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
Fungsi Forum Pos