Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
untuk menasihati Menteri tentang segala perkara berhubung dengan perkhidmatan pos, termasuklah perkara-perkara berkaitan dengan penjalanan fungsinya di bawah Akta ini;
(b)
untuk melaksanakan dan menggalakkan matlamat dasar kebangsaan bagi industri perkhidmatan pos;
(c)
untuk melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan
Akta ini dan untuk mengesyorkan pembaharuannya;
(d)
untuk menggalakkan dan menggiatkan perkembangan industri perkhidmatan pos mengikut pembangunan ekonomi Malaysia;
(e)
untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan perkhidmatan pos yang disediakan oleh pemegang lesen termasuklah kadar bayaran pos yang telah ditetapkan, penentuan standard prestasi dan standard kemudahan dan penguatkuasaannya;
(f)
untuk memantau pematuhan oleh pemegang lesen kepada standard perkhidmatan yang ditetapkan, obligasi-obligasi kontraktual dan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 741
(g)
untuk membangunkan, mengawal, melaksanakan, menyenggara dan mengurus sistem poskod dan pengalamatan di Malaysia;
(h)
untuk menggalakkan persaingan dalam menyediakan perkhidmatan pos;
(i)
untuk melindungi kepentingan pengguna-pengguna perkhidmatan pos yang dibekalkan oleh pemegang lesen berkenaan dengan—
(i)
harga yang akan dikenakan;
(ii)
kesinambungan perkhidmatan pos; dan
(iii)
kualiti perkhidmatan pos yang diadakan;
(j)
untuk berusaha sebaiknya bagi memudahkan segala tuntutan munasabah berhubung dengan perkhidmatan pos;
(k)
untuk menambah usaha bersepadu ke arah peningkatan kecekapan pengendalian industri perkhidmatan pos;
(l)
untuk mengawal selia pengeluaran setem pos termasuklah keluaran setem-setem pos definitif, kenangan dan khas dan apa-apa barang filateli yang lain; dan
(m)
untuk menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang pada hemat Suruhanjaya perlu, berfaedah atau sesuai bagi maksud menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
(2)
Suruhanjaya boleh membenarkan Pengerusi Suruhanjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
Perkhidmatan Pos 19
Memastikan penyediaan perkhidmatan sejagat