Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
(a)
untuk menyelamatkan isi kandungan atau untuk memastikan keadaan isi kandungan barang pos yang telah rosak;
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 741
(b)
untuk menentukan penerima atau pengirim barang pos yang tidak dapat diserah menurut kaedah-kaedah yang dibuat oleh
Suruhanjaya;
(c)
jika terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa terdapat bahaya fizikal kepada manusia atau harta;
(d)
jika terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa terdapat risiko kesihatan kepada manusia;
(e)
jika ia memperoleh persetujuan daripada pengirim atau penerima untuk melakukannya;
(f)
dengan suatu perintah mahkamah; atau
(g)
sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berkenaan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
(2)
Seseorang pekerja pemegang lesen yang telah diberi kuasa secara bertulis oleh pemegang lesen boleh membuka barang pos dalam hal keadaan di bawah subseksyen (1) dan dengan kehadiran pekerja lain yang telah diberi kuasa yang serupa.
(3)
Isi kandungan barang pos yang telah dibuka bolehlah diperiksa tetapi tidak lebih daripada yang diwajarkan dalam hal keadaan di bawah subseksyen (1).
Notis yang hendaklah dipakai dan laporan yang hendaklah diserahkan