Malaysia legislation

Section 56

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 56

Mana-mana orang yang menzahirkan, mendedahkan atau dengan apa-apa cara lain memberitahu isi kandungan mana-mana barang pos yang dibuka di bawah kuasa Akta ini, melainkan setakat yang perlu bagi maksud mengembalikan barang pos itu atau sebagaimana yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya secara bertulis, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya.

Section 56 — POSTAL SERVICES ACT 2012 | mylaw.my