Malaysia legislation

Section 59

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 59

(2)

Arahan itu hendaklah tamat tempoh pada tarikh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam notis bertulis atau jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga arahan itu dibatalkan.

(3)

Pemegang lesen yang tidak mematuhi arahan Suruhanjaya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4)

Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, termasuklah apa-apa pengubahan atau pembatalan arahan mengikut subseksyen 99(1).

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 741